fbpx

PMX minta FAM sedia pelan perancangan, KPI Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (tiga dari kanan) bersama Hannah (tengah) dan barisan kepimpinan FAM dan MSN pada pertemuan hari ini. - KBS MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi ciapan di laman media sosialnya selepas mengiringi Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan barisan kepemimpinan FAM, hari ini.

“Tuntutan itu dikemukakan sebagai balasan kepada komitmen kerajaan yang bersetuju memberi peruntukan RM15 juta untuk membantu usaha memperkasakan pasukan kebangsaan, termasuk skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan,” katanya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri juga memaklumkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem sukan negara dan peruntukan yang disalurkan untuk Harimau Malaya ini tidak akan mengurangkan peruntukan yang disalurkan kepada sukan-sukan lain.

Selain itu, Hannah juga menjelaskan KBS akan mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula (review) keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) yang dikendalikan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya penambahbaikan boleh dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI