fbpx
MANGSA buli beranggapan kehidupan selepas dimalukan lebih sakit berbanding menamatkan riwayat sendiri. – GAMBAR HIASAN

Lebih rela mati daripada tanggung aib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Segelintir mangsa buli siber memilih untuk menamatkan riwayat sendiri kerana takut untuk terus hidup dalam perasaan malu akibat fitnah serta aib yang dicanang serta disebarkan pembuli.

Menurut Pakar Kaunseling, Ir. Kazren Jusri Abdul Karim, mangsa buli sering beranggapan bahawa kehidupan selepas dimalukan lebih sakit berbanding kematian.

Katanya, secara psikologi perkara yang paling berbahaya adalah emosi dan perasaan takut kerana manusia berisiko bertindak di luar kawalan apabila berada dalam keadaan ketakutan yang berlebihan.

“Berbeza dengan buli fizikal yang kebiasaannya dihadapi antara dua pihak iaitu mangsa dan pemangsa, buli siber me­ninggalkan impak lebih teruk kepada emosi mangsa, di mana ia melibatkan penyebaran aib kepada umum.

“Bunuh diri ini tidak terjadi dalam masa singkat, namun dia melalui proses yang lama atau impak sangat kuat. Bukan terjadi kerana sekali buli, dia terus bunuh
diri.

“Ketakutan untuk face the problem (berhadapan dengan masalah) lebih tinggi daripada bunuh diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

IR. KAZREN JUSRI

 

Jelasnya, kebanyakan mereka yang mempunyai trauma dari segi emosi akan lebih terdedah kepada gangguan emosi apabila mangsa dibuli.

Dalam pada itu, Kazren mendedahkan terdapat dua jenis buli siber yang sering berlaku iaitu melibatkan ugutan pada diri mangsa semata-mata dan kedua­nya, mengugut serta menyebarkannya aib mangsa kepada umum.

“Ada ugutan terus kepada mangsa tanpa sebar ke media sosial iaitu hanya ugutan sahaja, manakala satu lagi dia (pembuli) melakukan ugutan dan menyebarkannya di media sosial,” ujarnya.

Tambah beliau, kesedaran mengenai buli siber harus di­tingkatkan dari segi psikologi dan bukannya secara motivasi.

“Ilmu pengurusan emosi kurang didedahkan kepada masyarakat, kita perlukan pendedahan EQ yang lebih luas.

“Apa-apa tindakan yang diambil adalah mengikut apa yang dia ‘percaya’. Apabila dia percaya dia pemangsa akan membuka aib­nya, dia akan ambil tindakan sebelum dia dimalukan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN