fbpx

Remaja sesat di Bukit Broga maut jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adi Putra yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan sesat di Bukit Broga, Kajang, sejak petang semalam

KAJANG – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang tersesat ketika mendaki bersama penjaga dan rakannya ditemui maut di Bukit Broga, di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa, mayat Adi Putra Affendi dijumpai oleh pasukan pencarian pada pukul 2.50 petang tadi.

“Remaja itu dijumpai pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga. Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter.

“Pemeriksaan petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada pukul 3.42 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penjaganya pada pukul 4.08 petang, semalam.

Operasi mencari dan menyelamat remaja itu dilakukan bersama polis, malim gunung, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Serdang.

“Gerakan mencari dan menyelamat merangkumi pencarian dari puncak satu hingga ke puncak tiga seluas 1.5 kilometer.

“Pihak kami menggunakan kaedah ‘sweeping searching’ dari puncak tiga hingga ke Pusat Kawalan Bomba (PKB). Pencarian hari pertama ditangguhkan pada pukul 2.30 pagi,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI