fbpx

Mayat warga emas di PPR Kota Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang membuka pintu kediaman dimana mayat warga emas ditemui maut di ruang tamu. Foto ihsan JBPM.

PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemui di dalam rumah berkunci di Flat PPR Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 5.01 petang tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berkenaan.

“Komander Operasi, PBK I Narmizi Hamzah melaporkan berjaya membuka pintu sebuah rumah tersebut dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Lelaki tersebut dijumpai meninggal dunia di ruang tamu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat warga emas dikenali Cheong Kueh Ming, 70, diserahkan kepada pihak polis dilokasi untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI