fbpx

[VIDEO] Johan tilawah OKU tunai haji: Dari mimpi ke realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Qayyim bersama kedua ibu bapanya

MEKAH – Mimpi datang ke Madinah dan bermain dalam Raudah ketika berusia 13 tahun kekal dalam ingatan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi sehingga kini.

Walaupun sudah lama mimpi tersebut berlalu, keinginan Muhammad Qayyim 26, yang cacat penglihatan untuk berkunjung ke Madinah dan Mekah bagi menunaikan haji tidak pernah terpadam serta menjadikannya sebagai azam.

Menurut Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa ke-63 pada 2023 itu, keinginannya untuk ke Mekah bermula pada tahun 2011 iaitu ketika bulan puasa.

“Pada masa itu saya tunggu depan televisyen untuk menonton siaran langsung di Mekah dan tiba-tiba terlelap serta bermimpi. Dalam mimpi tu saya bermain dengan beberapa kanak-kanak di Masjid Nabawi dan saya nampak tiang putih di sekelilingnya.

“Kemudian ada satu imam menyuruh saya solat serta berdoa. Apabila terjaga, saya ceritakan mimpi itu kepada kedua ibu bapa secara terperinci termasuk jumlah tiang dalam Raudah,” katanya yang masih dapat membayangkan mimpi tersebut ketika memasuki Masjid Nabawi dan Raudah minggu lepas.

Muhammad Qayyim berkata, dia berpeluang menunaikan haji selepas kedua ibu bapanya membuat tabungan dan mendaftar hasil wang kemenangan pertandingan, derma orang ramai, infaq dan sumbangan lain sejak dia kecil lagi.

Dalam pada itu, Muhamad Qayyim berkata, melontar di jamrah antara yang dijangkakan agak mencabar ekoran masalah penglihatan dihadapinya.

“Cabaran mungkin semasa melontar jamrah sebab tidak tahu tempat dan berapa jauhnya. Saya takut terlempar batu kepada orang lain.

“Untuk ibadah seperti tawaf dan sa’ie mungkin tiada masalah kerana ibu bapa saya boleh membantu,”jelasnya yang berasal dari Ketereh, Kelantan.

Sementara itu, Muhammad Qayyim, yang merupakan pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji ini merupakan peluang untuk mendekat kan diri dengan Allah SWT.

“Kita seringkali lalai dalam mengerjakan ibadah, jadi Allah SWT panggil saya untuk mengingatkan saya agar deka kan lagi diri saya kepadaNYA,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI