fbpx
Nur Aina menunjukkan gambar arwah Allahyarham Muhammad Zakir Fikry ketika ditemui di rumahnya di Kampung Karang Banggu, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

‘Apa salah abang saya sampai mati kena pukul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Adik kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam yang maut dipercayai dipukul masih tertanya-tanya kesalahan abangnya sehingga ada yang sanggup memukul dan meninggalkannya di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati dekat Bachok semalam.

Nur Aina Mohd. Zainal, 18, berkata abangnya, Allahyarham Muhammad Zakir Fikry, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin sebelum ini tidak pernah bermusuh dengan sesiapa termasuk rakan-rakannya.

Katanya, dia mengetahui kejadian menimpa mangsa kira-kira pukul 7.30 pagi semalam selepas melihat gambar kecederaan abangnya yang ditunjukkan oleh ibu saudaranya menerusi telefon bimbit.
Menurutnya, dia terus menghubungi bapanya Mohd. Zainal Saud, 53, yang ketika itu sudah berada di tempat kerja.

“Ada orang memaklumkan kepada ayah bahawa abang sudah dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian dengan ambulans.

“Semasa berada di Zon Merah HPUSM, abang berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan parah pada bahagian kepala, namun dia masih bernyawa ketika itu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Karang Banggu di sini hari ini.

Nur Aina memberitahu, selepas 17 jam bertarung nyawa, abangnya disahkan meninggal dunia tengah malam tadi akibat cedera pada pundi kencing, luka pada paru-paru dan kepala.

Katanya, jenazah arwah abangnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Karang Banggu di sini hari ini selepas proses bedah siasat selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN