fbpx
Mohd. Norber

Konflik Asia Barat: TH jamin kebajikan jemaah, sedia hadapi sebarang risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Tabung Haji (TH) membuat pelbagai persiapan rapi serta memberi jaminan kepada jemaah Malaysia termasuk daripada aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi dalam menghadapi sebarang situasi susulan konflik di Asia Barat.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Mohd. Norber Kassim berkata, susulan itu, TH sentiasa memantau perkembangan semasa serta telah mengambil langkah terbaik bagi memastikan urusan jemaah haji berjalan lancar.

“Sememangnya telah bersiap sedia dengan pelan bencana yang mana sebelum ini iaitu sebelum krisis peperangan TH memang telah ada SOP (prosedur operasi standard), kita telah ada pelan.
“Jadi, pelan ini (pelan sedia ada), insya-Allah akan kita sesuaikan dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan yang berlaku.

“Kita doakan semoga semua urusan haji dapat berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang,” katanya kepada pemberita selepas taklimat operasi haji tanah air (OHTA) di sini hari ini.

Beliau berkata, TH turut mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara serta berhubung dengan Kerajaan Arab Saudi berhubung situasi semasa.

“Ini melibatkan pihak kerajaan Malaysia sendiri dengan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara, begitu juga dengan pihak kerajaan Arab Saudi di sini.

“Jadi, Tabung Haji telah pun mendapat pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi bahawa haji akan diteruskan sebagaimana biasa.

“Kita akan teruskan sebagaimana perancangan menguruskan haji pada tahun ini,” katanya.

Mohd. Norber turut memberi jaminan bahawa kebajikan jemaah haji Malaysia termasuk aspek perlindungan dan insurans berada di bawah pengurusan TH.

“Insya-Allah semuanya di bawah pengurusan TH. Jemaah Malaysia dan diuruskan oleh TH dan kami akan melihat semua perkara-perkara yang berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN