fbpx
Suspek (kiri) ditahan reman bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pengamal undang-undang di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Wanita direman disyaki menyamar peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita berusia 30-an direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan disyaki menyamar sebagai pengamal undang-undang pada Ahad lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, suspek ditahan selepas menerima aduan dia menyamar sebagai pengamal undang-undang.

“Perbuatan didakwa dilakukan di Mahkamah Majistret Setiu.

“Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini telah didapatkan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini ini.

Difahamkan suspek dicurigai menyamar sebagai pengamal undang-undang sewaktu menghadiri kes seorang lelaki dituduh memberi keterangan palsu di Mahkamah Majistret Setiu dekat sini pada Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN