fbpx

[VIDEO] Lelaki nyaris maut, tayar lori melantun hentam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang remuk setelah dihentam tayar lori yang melantun di Jalan Tuanku Abdul Halim, Segambut, Isnin lalu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki nyaris maut setelah kenderaannya remuk dihentam tayar lori yang melantun ketika memandu di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, Isnin lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 7.06 pagi kelmarin dan telah mengerahkan lapan orang anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton Saga dan Proton Iriz.

“Kami dapati, terdapat sebuah tayar lori tercabut lalu melantun dan mengenai dua buah kenderaan tersebut,” jelasnya.

Menurutnya, mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar oleh pasukan bomba menggunakan peralatan pemotongan hidraulik.

“Mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pada pukul 7.41 pagi dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@ajim5666 berhati-hati dijalan raya geng… hampir melayang nyawa kena camni😭😭😭😭…#berhati #abangbomba ♬ suara asli – Music Everywhere

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI