fbpx

Tetamu dikecam kritik kenduri kahwin tiada lauk daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keluhan seorang tetamu yang kecewa kerana tiada hidangan daging. - @kharis7munandar

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang tetamu mengadu mengenai santapan yang dihidangkan di sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @kharis7munandar, tetamu tersebut dilihat kecewa dan memberi kecaman kepada pengantin hanya kerana tiada hidangan daging. 

“Majlis perkahwinan tetapi tak ada daging,” katanya.

Lebih mengejutkan apabila tetamu berkenaan membuka semua penutup makanan yang tersedia tanpa mengambilnya. 

Difahamkan, majlis perkahwinan itu hanya menyediakan makanan seperti sambal telur, tempe goreng dan sup sayur. 

Bagaimanapun, tindakan tetamu itu dikecam orang ramai dan rata-rata netizen menganggap dirinya tidak bersyukur. 

“Niat (menghadiri majlis perkahwinan) adalah untuk meraikan kebahagian pasangan pengantin, bukan mengkritik makanan,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Sesuai mengikut kemampuan, yang penting adalah ikhlas,” kata pengguna lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI