fbpx

Jari bayi bertukar hitam, tunggu masa kena potong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Norfaizol dan Norshahida menunjukkan keadaan bayi mereka yang menderita penyakit gangrene sehingga jari tangan dan kakinya menggelupas dan berwarna hitam.

KLANG – Luluh hati sepasang suami isteri setiap kali melihat keadaan bayi mereka yang menderita penyakit gangrene sehingga kesemua jari tangan dan kaki­nya menjadi hitam dan berisiko untuk dipotong.

Mohamad Norfaizol Zuraimi, 28, berkata, anak keduanya itu, Mohd. Norhamdan Mohamad Norfaizol yang berusia setahun sembilan bulan juga tidak dapat membesar seperti kanak-kanak lain memandangkan kaki dan tangannya terpaksa dibalut setiap masa.

Katanya, penderitaan Norhamdam bermula selepas bayi itu diserang sawan semasa tidur sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) atas arahan sebuah klinik berhampiran rumahnya.

“Pada mulanya, keadaan kulit anak saya hanya ada kesan bintik-bintik merah sebelum menggelupas dan melarat ke bahagian jari tangan dan kaki. Sehingga kini, jari dan kaki kanannya telah hilang.

“Pihak hospital ada memaklumkan agar kesemua bahagian yang luka dipotong sebulan lalu, namun saya enggan dan mengambil keputusan merawat luka secara sendiri di rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Gangrene ialah sejenis kematian tisu yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.

Antara gelaja penyakit ini termasuklah perubahan warna kulit kepada merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan.

Bercerita lanjut, bekas pekerja gudang sebuah platform jual beli dalam talian itu mengakui dia terpaksa bersetuju untuk menjalankan pembedahan tersebut dalam masa terdekat selepas empat bulan merawatnya sendiri.

Kata Mohamad Norfaizol, dia bersama isteri dan anak sulung lelaki yang berusia lima kini tinggal di rumah ibunya di sekitar daerah ini.

“Keadaan kewangan agak menekan kami sekeluarga selepas saya berhenti kerja, manakala isteri hanya seorang suri rumah.

“Saya tidak dapat bekerja ke­rana memberi sepenuh perhatian kepada Mohd. Norhamdan memandangkan dia rapat dengan saya. Permohonan telah dibuat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengurangkan kos pembedahan yang belum diketahui jumlahnya selain rawatan dan perubatan anak,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbangkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) nombor akaun 1010 44 1000 109555 atas nama isterinya Norshahida Bachalan atau menghubungi Mohamad Norfaizol ditalian 016-310 7369.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI