fbpx
BERGSON dilihat mampu memberi impak yang baik untuk jentera serangan Harimau Malaya selepas didakwa sah mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Dua pemain suntik kekuatan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA pemain import yang didakwa sudah lulus proses naturalisasi, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dilihat mampu memberi dimensi baharu buat skuad Harimau Malaya yang terdesak untuk menambah suntikan kualiti khususnya di jentera serangan.

Bekas jurulatih berpengalaman negara, Sulaiman Hussin menyifatkan kehadiran Bergson dan Hidalgo sebagai ‘khabar gembira’ buat pasukan negara kerana mereka memiliki kualiti untuk beri impak positif dalam usaha memperkukuh skuad kendalian Peter Cklamovski nanti.

“Secara jujur, ini perkembangan yang baik kerana m,ereka mendapat kerakyatan menerusi proses naturalisasi selepas lima tahun menetap di Malaysia.

“Saya percaya kehadiran mereka memberi satu tambahan berkualiti kerana kedua-dua pemain ini beraksi di posisi yang cukup kritikal buat skuad kebangsan ketika ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mengulas lanjut, Sulaiman menegaskan Bergson berupaya jadi pilihan alternatif kepada seorang lagi pemain naturalisasi, Paulo Josue yang boleh dianggap sudah berada di penghujung karier.

“Saya lihat Bergson mengurangkan beban yang dipikul di jentera serangan kerana sebelum ini kita agak bergantung dengan Josue walaupun dia sudah berada di penghujung karier (berumur 38 tahun).

“Bergson ada pengalaman yang luas dan dia adalah penyerang prolifik No. 9 yang kita tunggu untuk sekian lama,” katanya.

Sebagai rekod, spekulasi mengenai Bergson dan Hidalgo sudah diberikan taraf kerakyatan sudah tersebar di laman sosial selepas kedua-dua pemain ini genap bermastautin selama lima tahun sejak 2021.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi daripada kelab yang diwakili mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setakat hari ini.

Selain Bergson dan Hidalgo, dua lagi tonggak import yang berpotensi untuk dinaturalisasikan pada tahun ini adalah pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco dan pemain tengah Selangor FC, Alex Agyarkwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN