JIKA diteliti, replika bunga raya rekaan itu hadir dengan lengkungan yang bulat dan organik, seakan-akan membawa sifat semula jadi yang lembut tetapi tetap berstruktur. Pendekatan rekaan ini berkembang ke arah kontemporari dengan inspirasi yang turut dipetik daripada bentuk logo Tun Razak Exchange (TRX) yang bersifat segi tiga, tajam dan berjiwa moden. Kelopak-kelopak besar lapisan pertama bunga itu melambangkan asas yang merujuk kepada generasi terdahulu, yang menjadi tunjang kepada pembentukan kepercayaan serta landasan awal rekaan ini. Sementara itu, kelopak-kelopak kedua membawa……














