fbpx

Peruntukan RM11.4 juta selenggara RKAT Kem Mahkota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (tengah) mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh (dua dari kanan) ketika membuat lawatan ke tapak projek Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Mahkota, Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Dalam usaha memelihara kebajikan warga Tentera Darat Malaysia (TDM), sebanyak RM11,438,500 diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Mahkota di sini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, selenggaraan yang dilaksanakan pada 2023 dan 2024 melibatkan sebanyak 1,078 unit kediaman.

Mengikut pecahan, sebanyak 54 unit melibatkan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK), manakala 373 unit lagi untuk Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR).

Peruntukan ini disalurkan berikutan keadaan rumah anggota yang sudah tidak lagi selesa untuk didiami. Ia merupakan inisiatif berterusan yang dilakukan Kementerian Pertahanan bagi memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela.

Mengulas mengenai pembinaan Poliklinik Kesihatan ATM Kem Mahkota yang terbengkalai sejak setahun lalu, beliau memberitahu, projek bernilai RM23,991,840 itu dijangka siap sepenuhnya pada 15 Disember tahun depan.

Jelas beliau, fasiliti itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 anggota serta keluarga selain masyarakat di sekitar Kem Mahkota.

Kemudahan kesihatan yang memuatkan 24 katil itu turut boleh memberikan kemudahan kesihatan kepada anggota Persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di Johor.

“Kita amat berharap agar projek ini tidak terbengkalai lagi kerana ia akan melibatkan kerugian kepada kerajaan yang terpaksa menambah peruntukkan pembinaan,” katanya selepas melawat tapak projek Poliklinik Kesihatan ATM Kem Mahkota di sini hari ini. .-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI