fbpx

Sheriff makin kejar Mat Kilau, kini kutip RM52 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Filem aksi arahan Syafiq Yusof, Sheriff terus mendominasi pawagam apabila kini sudah mencatat kutipan RM52 juta dalam tempoh 18 hari tayangan di seluruh negara.

Sekali gus penguasaan filem terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw itu mampu memecahkan rekod filem Polis Evo 3 dengan pungutan berjumlah RM54.1 juta ketika ditayangkan tahun lepas yang juga arahan Syafiq.

Melihat potensi, karya lakonan Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz dan Syafiq Kyle itu mempunyai peluang cerah memadamkan rekod dipegang filem arahan abang Syafiq, Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau Kebangkitan Panglawan selaku filem terlaris (RM97 juta).

Setakat ini, Mat Kilau tayangan 2022 memegang rekod menduduki tangga pertama sebagai filem tempatan yang berjaya mencapai kutipan tertinggi sepanjang zaman, diikuti Polis Evo 3 di tangga kedua.

Sehingga kini Sheriff masih mengungguli carta filem terlaris bulan ini, bahkan pujian netizen turut tersebar dalam laman sosial yang menyifatkan plot kisah serta aksi ditonjolkan setanding produk Hollywood.

Rata-rata kaki wayang memberi lima bintang terhadap penampilan setiap watak termasuk Elizabeth Tan yang disifatkan menghidupkan lagi babak.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq iaitu anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Aaron semakin berleluasa.

Kedatangan pegawai bernama Sheriff dalam pasukan tersebut menyuntik elemen emosi serta dramatik dalam usaha mereka membenteras jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI