fbpx

Gadis 14 tahun dinoda kenalan baru Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang penganggur ditahan polis akibat perbuatan terkutuknya memperkosa remaja perempuan di sebuah rumah sekitar Taman Putra Damai, Kelana Jaya, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, mangsa berusia 14 tahun tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Mangsa mengenali suspek berusia 23 tahun selama sehari melalui aplikasi Telegram dan berjumpa pada Khamis lalu.

“Difahamkan, mangsa dibawa suspek ke kawasan perumahan Taman Putra Damai, Kelana Jaya, di sini, sebelum diperkosa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, suspek yang merupakan seorang penganggur berjaya ditahan kelmarin.

“Suspek mempunyai tiga rekod iaitu melibatkan satu kesalahan jenayah dan dua kes dadah.

“Suspek direman selama seminggu bermula semalam manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI