fbpx

Elak bayar cukai, dua ahli politik Melaka disekat ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MELAKA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan dua ahli politik di negeri ini antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana enggan membayar cukai melibatkan jumlah tunggakkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Pengarah LHDN negeri, Mohd. Shahriz Ramli berkata, kedua-dua individu berusia lingkungan 40-an itu dikesan tidak menjelaskan tunggakkan sejak beberapa tahun lalu meskipun jadual pembayaran secara ansuran telah diberikan.

Ujarnya, susulan itu pihaknya telah mengenakan tindakan sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967/Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

“Dua ahli politik ini antara 10 yang dikenakan sekatan kerana mempunyai tunggakkan dan kedua-dua mereka diminta membuat bayaran penuh sebelum dibenarkan ke luar negara dalam kejadian tahun ini.

“Kita akan kejar semua individu yang enggan membayar cukai tidak kiralah apa jawatan dia dan kita percaya apa yang terjadi sebelum ini adalah kerana ‘ego’ memegang status sebagai ahli politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Libat Urus LHDN Melaka bersama Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) di Pejabat LDHN negeri di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tambahnya, selain ahli politik pihaknya turut mengesan beberapa individu berjawatan tinggi termasuk pengarah syarikat yang sengaja melewatkan pembayaran cukai.

“Mereka ini merupakan golongan yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat tetapi kalau lapisan atas ini sendiri tidak menunaikan tanggangungjawab, macam mana?.

“Kami juga memerlukan golongan ini dalam program-program bersama masyarakat untuk menyampaikan matlamat kerajaan, kerana itu kita berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dengan baik,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain Mohd. Shahriz memberitahu, LHDN negeri berjaya mengutip jumlah cukai sebanyak RM1.91 bilion berbanding sasaran RM1.92 bilion pada tahun lalu dan menyasarkan RM2.1 bilion pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI