fbpx
AB. RAUF (tengah) melancarkan Sistem QR Tagging Haiwan Ternakan Negeri Melaka di Pejabat Pembangunan Pertanian di Semujuk, Jasin hari ini.  Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Melaka negeri pertama guna QR Kod pada haiwan ternakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Melaka mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama di negara ini melaksanakan sistem QR Kod terhadap haiwan ternakan bagi meningkatkan kawalan, keselamatan awam dan pengurusan data sektor penternakan secara lebih sistematik.

Inisiatif dikenali sebagai Sistem QR Tagging Haiwan Ternakan Negeri Melaka itu dilancarkan kerajaan negeri sebagai langkah transformasi sektor penternakan tradisional ke arah industri moden berteraskan teknologi pintar dan penggunaan data.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pelaksanaan sistem tersebut bukan bertujuan menghukum penternak, sebaliknya mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan ternakan masing-masing.

“Kerajaan negeri tidak mahu lagi kaedah pengurusan ternakan dibuat secara lama sehingga menyebabkan haiwan berkeliaran dan mengundang kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Sistem QR Tagging Haiwan Ternakan Negeri Melaka di Pejabat Pembangunan Pertanian di sini hari ini.

Tambah beliau, sistem itu juga akan membantu kerajaan negeri membangunkan pangkalan data ternakan bersepadu selain mengawal pergerakan haiwan termasuk isu penyeludupan ternakan.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 bagi melaksanakan program tersebut termasuk pemasangan QR tagging secara percuma sepanjang tahun ini dan bayaran pemasangan sebanyak RM5 seekor akan dikenakan bermula tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN