fbpx
Nahas yang mengorbankan tiga lelaki berusia 20-an di LPT dekat Karak awal pagi tadi. - JBPM SELANGOR

Tiga maut, wanita parah kereta rempuh lori simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori simen dalam kemalangan di Kilometer 34 Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LPT) Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Chinchin di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.07 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira pukul 2.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen yang melanggar bahagian belakang lori simen.

“Terdapat empat mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut. Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga lagi mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN