fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Pangkat mendiang Joanna Felicia adalah Laskar Kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allesia Felice Haslie (sebelah kiri) bersama-sama bapanya ketika upacara pengebumian mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna di Kampung Engkaroh, Serian pagi tadi.

KUCHING- Pangkat mendiang Joanna Felicia Rohna adalah Laskar Kanan (LK) JJM, menurut Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut.

Ia sebagai ralat susulan pangkat mendiang ditulis Laskar Kelas I (LK I) JJM di dalam kenyataan akhbar kedua, kelmarin.

Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang)

“Namun yang tepat adalah Laskar Kanan (LK) JJM seperti di dalam Kenyataan Akhbar Ke-3 pada 23 April 2024, pukul 7 malam,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mendiang Joanna, 26, adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Selasa lalu.

Jasad mendiang yang diterbangkan dari Ipoh dengan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Udara Kuching pada pukul 11.54 malam tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI