fbpx

Tragedi helikopter TLDM : Laporan interim siap minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED ketika ditemui pemberita pada Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama warga Kem Terendak di Wisma Perwira 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Kem Terendak, Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Laporan interim tragedi pertembungan dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankn 10 kru di Pangkalan TLDM, di Lumut, Perak pada 23 April lalu dijangka siap minggu hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak jawatankuasa penyiasat sedang melengkapkan laporan penuh insiden itu dalam tempoh seperti yang ditetapkan sebelum ini.

“Seperti dikatakan (sebelum ini) laporan interim itu akan disiapkan dalam masa dua minggu, jadi kita tidak mahu buat andaian dan spekulasi.

“Siasatan itu akan mengambil masa 30 hari bekerja untuk kita tahu punca-punca (kejadian) yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama warga Kem Terendak di Wisma Perwira 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Kem Terendak, Sungai Udang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau bagaimanapun memberitahu, pihaknya tidak dapat memberi maklumat mengenai peratusan laporan yang telah berjaya disiapkan oleh pihak jawatankuasa.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dua pesawat jenis masing-masing jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM telah berlepas dari Padang Sitiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi pada 23 April lalu bagi menjalani raptai bersempena sambutan Ulang Tahun Perbarisan TLDM ke-90.

Kedua-duanya kemudian dilaporkan bertembung ketika menyertai formasi penerbangan.

Susulan pertembungan itu, pesawat HOM dinaiki tujuh kru terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec yang membawa tiga lagi individu terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

TLDM mengesahkan bahawa, 10 kru terbabit terkorban di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI