fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Erdogan ucap takziah kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erdogan.

PETALING JAYA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengucapkan takziah kepada Malaysia berikutan tragedi dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas dan mengorbankan sebanyak 10 nyawa, baru-baru ini.

Ucapan takziah oleh Presiden Turkiye kepada rakyat Malaysia dan ahli keluarga mangsa terlibat bertarikh 23 April tersebut dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial, hari ini.

Anwar memuat naik ucapan takziah oleh Presiden Turkiye di laman Facebook, hari ini.

“Saya mengetahui dengan kesedihan yang mendalam bahawa 10 anggota kehilangan nyawa dalam nahas helikopter tentera yang berlaku pagi tadi (pagi 23 April 2024) di Perak, Malaysia.

“Kami mendoakan rahmat Tuhan kepada para syuhada. Saya mengucapkan takziah bagi pihak negara saya dan diri saya kepada Tuan Yang Terutama (Anwar), kepada keluarga yang sedang berduka dan rakyat Malaysia,” kata Erdogan.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Erdogan di atas ingatan serta kebersamaan beliau di saat Malaysia sedang berduka dengan pemergian 10 wira dalam nahas helikopter TLDM, di Lumut, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI