Tangkap layar video memaparkan kerosakan di benteng kawasan riadah akibat dirempuh kapal kargo, dalam kejadian pagi tadi.

[VIDEO] Kapal kargo rempuh benteng di Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah kapal kargo dilaporkan merempuh benteng di kawasan persisiran pantai di Lumut, Perak pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan pada struktur laluan pejalan kaki dan kemudahan awam berhampiran.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi itu tular di media sosial selepas beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan bahagian hadapan kapal berkenaan berada terlalu hampir dengan kawasan riadah tersebut.

Menerusi perkongsian pengguna Threads @zhoushieng_aman, kapal bersaiz besar berwarna biru dan merah itu dilihat berada di tepi benteng dengan bahagian muncungnya telah melanggar benteng kawasan berkenaan.

“Kejadian baru berlaku dekat Lumut hari ini, jam 9.50 pagi lebih kurang,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, beberapa bahagian benteng konkrit dilihat pecah dan runtuh, manakala serpihan binaan bertaburan di atas laluan pejalan kaki.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terkejut melihat keadaan kapal berkenaan yang berada begitu hampir dengan kawasan daratan.

“Adui sebaik tak ada orang ramai beriadah di kawasan tu,” komen Hisyam.

“Sebaik impak langgar tu tak kuat, kalau tak mahu sampai ke tengah taman tu,” komen Raisya.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN