fbpx

Riena Diana penyondol paling mantap!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEMERLANG. Riena berjaya keluar dari kepompong penyondol biasa-biasa dalam naskhah Lelaki Itu.

SELEPAS tiga bulan bersiaran, drama kegemaran ramai, Wanita Syurga akhirnya melabuhkan tirainya pada Khamis lalu.

Setakat yang Diva lihat, drama lakonan Siti Khadijah, Redza Rosli, Riena Diana, Naim Othman dan Marissa Yasmin itu meriah jumlah tontonan dan meraih pujian menggunung daripada penonton.

Siti Khadijah memang hebat sebagai heroin tetapi Riena Diana pula dalam kelas tersendiri. Dia agak mengejutkan kerana lakonannya sebagai watak penyondol memang A, mantap!

Walhal kita tahu itu lakonan tetapi boleh rasa ada kebencian yang membuak-buak dalam hati Diva sendiri sepanjang menonton lakonannya sebagai isteri kedua.

Bukan Diva sahaja, para penonton turut merasai hal sama, ada yang marahkan Riena juga bila terserempak. Maknanya Riena berjaya hidupkan watak penyondol yang ketika ini memang satu Malaysia benci mendengar perkataan tersebut.

Cuma, Diva nak pesan agar sifat penyondol untuk watak Farah itu dibuang jauh ya, jangan terpengaruh pula!

DIVA: Betullah pegang watak antagonis lebih mudah diingati daripada karakter suci murni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI