fbpx

Eyka Farhana asyik ‘mengekor’ kekasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA Farhana kini dilihat semakin terbuka berkongsi momen bersama kekasihnya, Akhyar Rashid.

KETIKA ramai melahirkan rasa simpati dan ucapan cepat sembuh kepada pemain bola sepak Akhyar Rashid yang cedera disamun, lain pula cerita yang Diva dapat mengenai kekasihnya, Eyka Farhana.

Menurut teman Diva, Cik Intan Payung, Eyka dilihat kerap berada di sisi kekasih hatinya, tidak kiralah dalam mahupun luar negara.

Dakwa Cik Intan Payung, kelibat Eyka memang ada juga muncul pada sesi latihan kekasihnya di Terengganu dan siap berseluar pendek lagi di negeri Darul Iman itu.

Alahai, rasanya Eyka tak perlu jadi macam wanita luar negara yang ‘mengekor’ menemani kekasih hati golongan atlet ke mana-mana sahaja. Kalau kerap sangat, memang nampak tidak manislah ditambah pula Akhyar memang sekarang bertapak dengan kelab bola sepak Pantai Timur.

Mungkin bagi Eyka okey sahaja tetapi untuk segelintir orang nampak tidak manis dipandang terutama masih belum ada ikatan yang sah. Apapun, Diva doakan Akhyar cepat sembuh daripada kecederaan dan pelaku ditangkap segera.

DIVA: Teringat kes Victoria Beckham, selalu temankan suami ke padang, tapi tetap dicurangi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI