fbpx

[VIDEO] Anjing kejar budak nyaris digilis ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah kereta mengelak daripada menggilis seorang kanak-kanak selepas dikejar anjing.

LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menangkap tiga ekor anjing termasuk seekor berwarna putih yang mengejar kanak-kanak sehingga terlibat kemalangan jalan raya dan tular dalam media sosial semalam.

Menurut Unit Haiwan Merayau Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM, tangkapan itu dilakukan pada pukul 11 pagi semalam selepas menerima aduan mengenai kejadian tersebut.

“Anjing tersebut mempunyai pemilik dan pihak MPM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993,” katanya di sini hari ini.

Semalam, tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan, pukul 8.54 pagi semalam.

Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing berwarna putih.

Kanak-kanak tersebut terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi dan terjatuh, seterusnya nyaris digilis sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan.

Pemandu kereta Proton Wira tersebut sempat mengelak menaiki atas pembahagi jalan, manakala kanak-kanak tersebut selamat dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

TIGA ekor anjing termasuk berwarna putih yang ditangkap kerana mengejar kanak-kanak sehingga berlaku kemalangan jalan raya. – Foto IHSAN PDRM

Menurut MPM, berdasarkan semakan dan siasatan, anjing tersebut berlesen dan mempunyai pemilik, justeru pihaknya menyita tiga ekor anjing termasuk anjing tersebut kerana pelanggaran syarat dan peraturan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Satu laporan dibuat setelah video tersebut tular di media sosial dan aduan tersebut disalurkan kepada MPM untuk diambil tindakan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI