fbpx

Mereka sekolah agama, bermadu untuk elak maksiat – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby perlahan-lahan mula berdamai dengan takdir bahawa anaknya, Marissa memilih untuk hidup bermadu.

BANGI – Biarpun ralat anaknya memilih hidup bermadu, pelakon Abby Abadi percaya keputusan itu diambil bagi mengelakkan maksiat memandangkan Marissa Dania dan suaminya, Ahmad Aslam bersekolah agama sejak kecil.

Ujar Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia akhirnya menerima kenyataan berkenaan perkahwinan mereka itu walaupun sejak dulu tidak bersetuju dengan kehidupan berpoligami.

“Saya tak tahu tentang orang lain, sejujurnya saya tak boleh berkongsi tapi benda yang saya tak nak, ujian itu kena pada anak saya Marissa.

“Semua orang pun kalau diberi pilihan mesti tak mahu berkongsi kasih sebab dulu saya pernah bersembang dan bergurau dengan dia untuk cari suami (kriteria) macam mana.

“Saya tak boleh jelaskan sampai sekarang kenapa dia pilih poligami. Mungkin masing-masing belajar agama, saya nampak mereka cari jalan halal untuk elakkan maksiat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Abby, dia juga sudah bertemu madu Marissa, Umisya Mazlan ketika kontroversi pernikahan anaknya dengan suami wanita itu tercetus.

Namun katanya, untuk orang ramai menyalahkan Marissa sahaja tidak adil memandangkan pernikahan tersebut turut membabitkan kehendak Aslam.

“Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan Umisya awal kejadian dulu. Kami bersembang, bersalam dan berpelukan sebab saya pernah melalui situasi sama macam dia. Bab itu memang dah selesai.

“Bagi saya tak patut salahkan Marissa seorang, saya pelik kenapa lelaki tak disalahkan langsung. Pada saya dua-dua salah,” ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, baru-baru ini.

Ditanya nasihat kepada menantu, Abby berkata, Aslam seharusnya menunaikan tanggungjawab secara adil terhadap kedua-dua isteri bagi menjaga kerukunan rumah tangga.

“Yang terjadi dah terjadi. Marissa dan Umisya dah berdamai, mereka memilih untuk berkongsi kasih jadi dalam situasi ini Aslam yang kena mainkan peranan sebagai suami.

“Sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan. Mudah sangat jalan yang Allah izinkan untuk Aslam beristeri dua. Semoga dia dapat menggalas tanggungjawab untuk dua isteri yang terlalu muda.

“Jauh lagi perjalanan mereka, doakan yang terbaik. Kita pun pernah muda kan. Tiada siapa boleh menentukan jalan hidup kita melainkan kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, kontroversi pernikahan rahsia antara Marissa dan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu mengakibatkan anak Abby dan Norman Hakim itu menjadi sasaran kecaman netizen.

Selepas empat bulan mendiamkan diri, pempengaruh media sosial itu tampil menjelaskan keputusan memilih suami orang sebagai teman hidupnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI