fbpx

Emosi keluarga juruterbang TLDM semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI (dua dari kanan) cuba menenangkan Harshini (tiga dari kanan) yang masih bersedih ketika kunjungan ke rumahnya di Sitiawan hari ini.

LUMUT – Emosi keluarga Leftenan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas helikopter, Selasa lalu, semakin pulih dan beransur baik.

Ibu mendiang, A. Parameswari, 60, berkata kesan trauma akibat kehilangan anak lelaki tunggal dalam keluarga itu, semakin terhakis sekarang berbanding ketika hari kejadian.

“(Emosi) sekarang beransur baik.Kami sentiasa dijaga, ramai pihak mengambil berat dan melawat kami, daripada pihak ‘navy’ (Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kaunselor dan pelbagai agensi dan pihak lain.

“Kaunseling yang diberi pihak kerajaan memang banyak membantu, kami dianggap sebagai ahli keluarga mereka sendiri.

“Jadi, ia sangat efektif, mereka bukan sekadar menjalankan tugas, sebaliknya mereka sangat empati dengan kami,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noraini Ahmad di kediamannya di Taman Serdang Jaya, Sitiawan di sini hari ini.

Turut berada di rumah itu ialah suaminya, M. Thanjappan, 61, dan balu mendiang, Dr. S. Harshini, 30.

Parameswari juga menjelaskan abu mayat mendiang juga sudah disemadikan di sebuah tempat khas untuk penganut Hindu di Sitiawan selepas tiga hari pembakaran jasad mendiang dilakukan pada Rabu lalu.

Dia turut menyerahkan kepada menantunya membuat keputusan sama ada untuk terus kekal bertugas di tempat baharu di Langkap, Teluk Intan, atau mahu bertukar di tempat lain termasuk di tempat keluarganya di Buntong, Ipoh.

“Bayangkan hari pertama pergi kerja (di Langkap) anak saya (Sivasutan) bawa dan tunjukkan tempat kerja baharunya, dan hari kedua (berlaku tragedi nahas itu), mestilah trauma.

“Jadi, biar dia berehat dulu, sekarang belum boleh buat keputusan, kalau dia boleh (bekerja di Langkap), teruskanlah (bekerja) dari sini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI