fbpx
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi tanah runtuh itu.

Tiada mangsa tanah runtuh di lombong Bestari Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Kejadian tanah runtuh yang tular di kawasan lombong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Blok B, Bestari Jaya di sini, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan, kira-kira pukul 7.02 petang tadi.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati tanah runtuh di lombong pasir itu dianggarkan sedalam tujuh meter dan seluas 70 x 30 kaki persegi.

“Runtuhan itu berlaku pada 19 Jun (semalam) dan tidak melibatkan mangsa,” katanya malam ini.

Jelas Ashrul, tiada mangsa tertimbus dalam kejadian itu dan bomba menamatkan operasi berkenaan.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan keadaan di lokasi lombong itu yang dilanda tanah runtuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN