fbpx

ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah satu helikopter yang terhempas di Lumut baru-baru ini.

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengaktifkan Tabung Tragedi Lumut 24 bagi memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada ahli keluarga dan waris mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Lumut, Perak baru-baru ini.

ATM dalam satu kenyataan akhbar berkata, sumbangan kepada ahli keluarga dan waris 10 anggota serta pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi itu boleh disalurkan kepada akaun Affin Bank di bawah nama Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dengan nombor akaun 100040001752.

“Ia bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban dipikul selepas kehilangan ahli keluarga tercinta.

“Sumbangan boleh dihulurkan terus secara dalam talian dengan menyatakan ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ sebagai rujukan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut ATM, sumbangan juga boleh dibuat menerusi cek atas nama Tabung Kebajikan Angkatan Tentera dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas ATM Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak di ibu negara.

“Segala sumbangan orang ramai kepada keluarga perwira tragedi Lumut didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga semuanya mendapat kebaikan serta rahmat-Nya,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI