fbpx

Pertukaran kerajaan negeri, kedudukan MB Perlis tidak dibincangkan – Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin ketika berucap pada Ceramah Umum Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, di Ampang Pecah, semalm. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) menegaskan tiada perbincangan dibuat melibatkan pimpinan tertinggi berhubung perubahan kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis ekoran isu integriti yang melanda negeri itu, baru-baru ini.

Ketua Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kesediaan Bersatu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas merupakan pandangan peribadi Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah.

“Saya tidak mahu komen pandangan individu kerana prinsip kita pegang, ia mestilah dibawa dalam PN di peringkat negeri atau Pusat.

“Memang tidak ada dibincangkan, tiada sebab, (malah) tak timbul soal perubahan kerajaan negeri di Perlis,” katanya ketika ditemui selepas Cermah Umum Perikatan Nasional (PN) di Ampang Pecah, di sini semalam.

Terdahulu, Bersatu Perlis dilaporkan sedia menggalas tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri itu jika diminta berbuat demikian.

Abu Bakar bagaimanapun berkata, sebarang keputusan kedudukan Menteri Besar Perlis tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan keputusan pimpinan tertinggi PN Pusat.

Sebelum itu, Kosmo! melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.

Mohamed Azmin berkata, kekuatan PN adalah membincangkan setiap perkara berlaku bersama semua parti komponen dan dimuafakati atas prinsip kebersamaan.

“Tiada amalan ‘Big Brother’ (Abang Besar) dalam PN, semua parti (komponen) adalah sama dan mempunyai hak untuk berbincang. (Jadi) itu adalah PN, bukan soal pandangan individu,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhil Shaari menegaskan masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepimpinan kerajaan Perlis.

Menurut Ahmad Fadhil, semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan pihak berkuasa, sebelum berbincang mengenai kedudukan Mohd. Shukri.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk membincangkan soal perubahan (kepimpinan) kerajaan Perlis. Ini zaman (kerajaan) Madani, ketika era ini ada yang dipanggil membela diri pun dapat DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan sebagainya.

“Kalau mahu bincangkan pertukaran (kepimpinan) kerajaan Perlis ini masih terlalu awal, kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI