fbpx
YAHAYA (Gambar kecil) memaklumkan program korban dapat membantu untuk menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada golongan memerlukan.

Polis Pahang terima sumbangan RM135,150 semarak ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Program Semarak Kasih Korban Aspirasi Pahang 1st anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang menerima sumbangan RM135,150 daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berlangsung meriah hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, program tersebut yang berlangsung di Formasi Polis Pahang, Kompleks Alor Akar, di sini dilihat sebagai medium terbaik untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Menurut beliau, program seumpama itu bukan sahaja membuka ruang kepada pemimpin untuk beramah mesra dengan masyarakat, malah membantu menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada golongan memerlukan.

“Masyarakat juga berpeluang memperoleh maklumat berkaitan dasar dan inisiatif semasa kerajaan menerusi pendekatan turun padang yang dilaksanakan.

“Pada masa sama, masyarakat dapat memahami dasar serta informasi berkaitan kerajaan semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Wan Rosdy yang telah menyalurkan dana bagi menjayakan program berkenaan melibatkan sumbangan kepada Polis Diraja Malaysia bernilai RM135,150.

“Sikap prihatin dan penglibatan secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan boleh menjadi ‘role model’ kepada masyarakat untuk terus mengamalkan budaya saling membantu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan program korban dalam kalangan warga IPK Pahang amat menggalakkan dengan penglibatan daripada pelbagai jabatan dan komuniti setempat.

Tambahnya, program tersebut turut melibatkan barisan pengurusan tertinggi polis negeri termasuk Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, ketua-ketua jabatan, penghuni kuarters polis Alor Akar serta kariah Surau Alor Akar. – KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN