fbpx
Tangkap layar menunjukkan anggota polis mengiring seorang bapa menghantar anaknya ke hospital.

[VIDEO] Tindakan polis iring bapa hantar anak ke hospital dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan anggota polis mengiringi seorang bapa menghantar anaknya ke hospital selepas terjatuh bilik air meraih pujian ramai.

Menerusi hantaran dikongsi @mpv_shah, seorang lelaki telah meminta pertolongan cemas anggota polis untuk mengiringnya ke hospital berdekatan kerana jalan sedang sesak.

Katanya, lelaki berkenaan memberitahu dia risau keadaan anak perempuannya yang muntah berkali-kali selepas terjatuh di bilik air.

“Kami terus beri bantuan dengan memasang siren polis agar kenderaan lain beri laluan dan memudahkan perjalanan,” katanya.

Berdasarkan video tersebut, bapa kanak-kanak perempuan itu mengucapkan terima kasih sambil mengalirkan air matanya tanda bersyukur atas ihsan yang diberikan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas anggota polis tersebut.

“Tahniah semua anggota polis yang bertugas di lapangan dan terus berkhidmat untuk masyarakat,” komen @cassano.

“Ramai polis macam ni, abang ini hanya wakilkan rakan yang lain secara membuat video. Semoga PDRM terus maju,” komen @mam.

“Sebak tengok video ini, terbaik pasukan mpv shah sedia membantu orang awam,” komen @mohdzaid.

Sehingga kini video tersebut mendapat tiga juta tontonan, 178,000 tanda suka dan 2,479 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN