fbpx

ZYM Magnetic Aura Night Cream dikesan ada racun berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk kosmetik ZMY Magnetic Aura Night Cream yang mengandungi racun berjadual merkuri.

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan produk kosmetik ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi racun berjadual merkuri.

Pengarah NPRA, Rosilawati Ahmad menggesa orang awam supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik tersebut.

Menurutnya, notifikasi produk kosmetik tersebut dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan, tadi.

Rosilawati mengingatkan penjual dan pengedar supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jelasnya, mereka yang melanggar peraturan itu boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan pula mereka boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda RM100,000 bagi kesalahan berikutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI