fbpx

Salam Perantauan 19 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri buat emak ayah dan keluarga di Gunung Semanggol, Perak dan buat keluarga mentua di Taman PKNK, Alor Setar, Kedah.

Daripada: Nur Diyana Farhana Sahariman
Lokasi: University of New South Wales, Sydney, Australia

 

SALAM Aidilfitri buat keluarga tercinta yang berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Tanjong Karang, Selangor.
Maaf zahir dan batin kerana tidak berkesempatan menyambut lebaran bersama untuk tahun kedua.

Daripada: Hazim Khairudin, Illiyani Nadzirah Aziz dan Ashman
Lokasi: Tokyo, Jepun

 

DI kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu bapa, ibu bapa mentua, kedua-dua belah keluarga kami yang tercinta di tanah air, saudara-mara serta sahabat handai.
Tidak ketinggalan, ucapan ini ditujukan buat warga Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Daripada: Lily, Mus’ab, Azzam, Aslam dan Aysar
Lokasi: Kyoto University, Jepun

 

SAYA ingin memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan dan kepada sesiapa saja yang mengenali diri ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak saudara di Melaka, Kedah, Selangor, Australia dan Jordan.

Daripada: Mohd. Syafiq
Abd. Aziz
Lokasi: Imperial College
London, United
Kingdom

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI