fbpx
KEPUTUSAN tidak rasmi PRN Johor ke-16.

[TIDAK RASMI] BN dahului 41 kerusi DUN PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) berada di landasan kukuh untuk terus mentadbir Johor apabila mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dengan menguasai 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 6.50 petang.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pakatan Harapan (PH) setakat ini memenangi 15 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda masih belum memenangi sebarang kerusi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di media sosial memaklumkan perkembangan tersebut sambil menyifatkan keputusan awal itu sebagai petanda positif buat gabungan berkenaan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya terus bertenang dan menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum meraikan kemenangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN