fbpx

Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im

PUTRAJAYA – Satu Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah ditubuhkan di peringkat negeri Johor sebagai inisiatif mengatasi isu berkaitan.

Menerusi kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared selain Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Jelasnya, semua dewan perniagaan, persatuan perdagangan dan kumpulan industri perlu memberikan komitmen tinggi dalam menangani isu berlaku agar tidak berulang.

“Kempen kesedaran masyarakat dalam menjaga kepentingan memelihara kehormatan hidup masyarakat berbilang kaum hendaklah sentiasa disuburkan.

“Ini tanpa menidakkan pemantauan berterusan dari semua agensi penguatkuasaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya hari ini.

Kenyataan bersama itu turut menjelaskan, kerajaan memandang serius terhadap beberapa insiden yang telah berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan sensitiviti umat Islam.

Katanya, perkara ini semakin membimbangkan kerana telah menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Ia bermula dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang dijual oleh pihak Vern’s Holding Sdn. Bhd.

Terkini isu penjualan sejadah mini dengan tanda label yang mengelirukan dijual di AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) yang dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R).

“Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis terhadap pihak-pihak yang terlibat berlandaskan undang-undang di negara ini.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu sebegini di masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI