fbpx

Fadhlina teruja TPM hadiah buku sempena raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina teruja menerima hadiah buku daripada Ahmad Zahid sempena Aidilfitri.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek teruja apabila menerima hadiah buku daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sempena hari raya.

Fadhlina berkata, Ahmad Zahid berjaya menghidupkan Aidilfitri menerusi perkongsian ilmu selain aktiviti kebiasaan di hari raya.

“Memaknai raya bukan sahaja dengan kunjung-berkunjung, ziarah-menziarahi dan bersilaturrahim, tetapi juga melalui ruang perkongsian ilmu yang luas.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghidupkan raya dengan menghadiahkan buku tulisan beliau kepada saya,” katanya menerusi Facebook.

Fadhlina menerima tiga buah buku bertajuk Pidato Politik, Kumpulan Pilihan Rencana Lu Xun, hasil terjemahan seorang aktivis, Lee Ban Chen dan Clever Lands iaitu karya Lucy Crehan.

“Bagaimana untuk tidak jatuh cinta dengan karya berjudul “Clever Lands” ini? Ia antara buku terbaik pernah saya baca khususnya dalam perbincangan seputar isu-isu pendidikan.

“Bangsa Malaysia, bangsa membaca,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI