fbpx
Azmi ketika dibawa polis selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Jurujual tetak penunggang motosikal dijel 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Perbuatan itu mencetuskan ketakutan kepada pengguna jalan raya dan nasib baik mangsa tidak meninggal dunia.”

Demikian hujahan Timbalan Pendakwa Raya di Mahkamah Sesyen di sini semalam ketika memohon hukuman berat terhadap seorang jurujual yang mengaku bersalah menetak seorang penunggang motosikal sehingga parah di Lebuh Raya Persekutuan, bulan lalu.

Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan dua sebatan terhadap Azmi Jantan, 43, bermula tarikh tangkap pada 11 Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa makkamah dan turut mengakui semua fakta kes.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mohd. Fairus Jaafar, 45, dengan menetak menggunakan pisau potong daging di Kilometer 14.6 laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan, Seksyen 13 di sini, kira-kira pukul 8.19 pagi, 11 Jun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN