GEORGE TOWN – Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat dan Polisi Perlindungan Murid yang dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) menjadi jaminan kepada ibu bapa terhadap keselamatan serta perlindungan anak-anak mereka di sekolah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kedua-dua garis panduan berkenaan akan menjadi rujukan semua institusi pendidikan bawah KPM merangkumi tanggungjawab sekolah, guru serta pihak berkepentingan dalam memastikan kebajikan dan keselamatan murid terpelihara.
“Semalam saya telah melancarkan garis panduan sekolah selamat yang baharu. Jadi, garis panduan sekolah selamat yang baharu ini akan merangkumi semua tindakan-tindakan itu.
“Tanggungjawab sekolah, cikgu dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam kes kanak-kanak,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) SJKC Heng Ee di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE














