fbpx

Jualan pelita panjut Aidilfitri merosot tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nor menunjukkan panjut buluh yang ditempah pelanggan di di kediamannya di Kampong Bukit Kuching Tengah, Jeram di Kuala Selangor baru-baru ini.

KUALA SELANGOR – Permintaan dan jualan pelita tradisional atau panjut di daerah ini mencatatkan kemerosotan ke­tara pada sambutan Aidilfitri kali ini.

Keadaan itu didakwa susulan kepelbagaian pilihan pelita moden di pasaran selain kurang kuasa membeli oleh pelanggan.

Pengusaha panjut, Mohamad Nor Airee Ibrahim, 33, berkata, permintaan bagi pelita itu masih ada, namun tidak setinggi seperti beberapa tahun lalu.

Jelasnya juga pembuat kraftangan, panjut buluh betung buatannya hanya menerima tempahan 400 batang berban­ding 10,000 sebelum ini.

“Saya mula buka tempahan sebelum Ramadan, namun jumlahnya amat kurang sehingga kini.

“Selain pelbagai pilihan pelita lain, ia mungkin faktor kurang kuasa membeli kerana pelanggan sudah membelanjakan wang bagi pembukaan sesi persekolahan,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Menurut Mohamad Nor Airee yang menetap di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, panjut didapati lebih lasak dan tahan lama berbanding pelita lain.

“Sepanjang membuat panjut sejak berusia 17 tahun, saya gunakan buluh betung asli yang boleh tahan selama beberapa tahun.

“Ia meliputi empat jenis iaitu dua sumbu, empat, 10 dan 16 sumbu dijual harga RM10 hingga RM80,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI