PETALING JAYA – Perumahan Taman Saujana Aman di Kuala Selangor diibaratkan seperti taman tema air atau waterpark selepas hujan lebat yang menyebabkan air naik di kawasan tersebut malam tadi.
Menerusi video dimuat naik penguna Threads Nazhanomar, dia berkongsi keadaan di sekitar perumahan tempat tinggalnya yang dinaiki air hingga ke paras lutut.
Pada video berkenaan, kelihatan air naik memenuhi ruang jalan dan memasuki rumah penduduk di perumahan tersebut.
“Update (kemas kini) pukul 11.30 malam, Waterpark Saujana Aman,” katanya berseloroh menerusi kapsyen video yang dimuat naik.
Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang turut mendoakan urusan penduduk dipermudah susulan banjir kilat tersebut.
“Semoga dipermudah segala urusan,” komen pengguna Threads Shamsulmohamad.
“Adoi, udah macam kawasan tadahan,” komen pengguna Threads Mohd_radzi_r.
“Hati-hati dengan arus elektrik, semoga Allah menggantikan yang lebih baik untuk sahabat semua,” kata Rizuwan Wan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














