fbpx

UniKL sasar perluas akses HTVET, TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN ketika ditemu bual pada majlis berbuka puasa UniKL di Restoran Seri Kunyit, Kuala Lumpur kelmarin. – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kini dalam ­usaha untuk memperluaskan akses Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta pendidikan kemahiran tinggi atau Higher TVET (HTVET) kepada pelajar lepasan SPM.

Presiden UniKL, Prof. Madya Ir. Dr. Azman Senin berkata, berbekalkan pengalaman dalam industri pembuatan automotif selama 13 tahun, beliau memberanikan diri untuk menceburi bidang akademik sebagai Pensyarah Kanan di UniKL Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI) pada 2010.

“Saya lebih cenderung memperluaskan akses HTVET kepada kumpulan sasaran seperti lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka ini kadang-kadang tidak mempunyai maklumat mendalam tentang bidang ini, malah ia dipandang sebagai second class.

“Bidang ini ditekankan di luar negara kerana ia merupakan nadi utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetensi. Pelajar lepasan SPM juga berpeluang memilih untuk menyambung pengajian pada peringkat Program Asasi di UniKL dalam lima bidang yang ditawarkan iaitu Sains, Perubatan, Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Seni Kreatif.

“Laluan kedua adalah Diploma yang mana UniKL mempunyai 34 program dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti Elektrikal, Elektronik, Telekomunikasi, Robot, Tenaga Boleh Diperbaharui, Aeroangkasa, Marin dan Rel,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Jelas beliau, graduan institusi teknikal seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan juga Institusi Pendidikan Mara (IPMA) juga layak meneruskan pengajian Diploma dan Ijazah Pertama melalui pemindahan kredit dalam tempoh dua tahun atau lebih bagi kursus terpilih kepada seterusnya melengkapkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Dalam pendekatan baharu, UniKL juga menjalankan program Huffaz Profesional yang terbuka kepada pelajar sekolah aliran agama dan aliran lain bagi program HTVET seperti dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi Penerbangan (Aviation), Teknologi Perkapalan dan Teknologi Rel.

“Setakat ini, seramai 300 pelajar UniKL yang mengikuti program Huffaz Profesional Ulul Albab dan telah melahirkan 62 graduan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI