GRADUAN Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus diiktiraf kerana kebolehan praktikal mereka yang menjadi keperluan utama industri, termasuk di luar negara. Apa yang dipelajari di Malaysia bukan sekadar teori tetapi kemahiran yang boleh diaplikasikan, dibina dan diterjemahkan dalam dunia pekerjaan sebenar. Dari Kuantan ke Tesla Berlin, itulah perjalanan luar biasa seorang anak muda negara, Muhammad Imran Mohd. Fadzillah, 25. Dia kini mengorak langkah sebagai jurutera pelatih di syarikat gergasi Tesla Giga Factory Berlin di Jerman melalui program perantisan……














