fbpx

[VIDEO] Tukang masak London pun kenal Khairul Aming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi di TikTok Chris Mj.

PETALING JAYA – Seorang pencipta kandungan terkejut apabila penjual makanan dan tukang masak di London, United Kingdom mengenali pempengaruh Khairul Aming.

Menerusi perkongsian di TikTok Crish Mj, dia sedang membeli makanan di sebuah premis sebelum pekerja kedai tersebut bertanya asal usul lelaki itu.

Sebaik sahaja mengetahui Chris berasal dari Malaysia, pekerja tersebut terus bertanya adakah dia mengenali Khairul Aming.

“Awak kenal Khairul Aming? Dia pernah datang sini dan merakam video,” kata lelaki itu.

Katanya, dia tahu nama Khairul Aming besar di Malaysia apabila ramai pelancong yang berasal dari negara ini mengenali pengasas Sambal Nyet Berapi tersebut.

“Tetapi, saya pernah berjumpa orang Malaysia yang tidak mengenalinya, mungkin mereka tinggal di kawasan berbeza,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyatakan pekerja terbabit mengenali Khairul Aming susulan pempengaruh itu pernah ke Borough Market tahun lalu dan berkunjung ke kedai tersebut.

Rata-rata ramai pengguna turut berasa bangga kerana pempengaruh itu juga dikenali di negara luar.

“Khairul Aming pernah jumpa mereka ini masa dia ke London. Sampai sekarang mereka ingat,” kata Nurul.

“Nampak sangat Khairul Aming seorang yang peramah sampai di London orang kenal dia,” kata Hazevv.

“Rasa bangga pula mereka kenal Malaysia sebab Khairul Aming, penangan TikTok,” kata Oyyun.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih satu juta tontonan. – KOSMO! ONLINE

@christhechindian Brooo hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London 💯 Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” 😅 Of course la we know. Who in Malaysia don’t know ? 📍: Bomba Paella, Borough Market #SuduonTheStreet #StreetInterview #London #Fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #khairulaming #fypシ #makanhowmuch ♬ original sound – Chris MJ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI