fbpx

Perceraian tidak boleh secara terburu-buru – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIADA lafaz cerai, Aliff mengakui mahu sanggup berdepan a[pa sahaja cabaran demi menyelamatkan rumah tangganya bersama Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Masih sayang, artis sensasi Aliff Aziz tekad mahu menggunakan segala ruang dan peluang bagi menyelamatkan badai rumah tangganya dengan pelakon Bella Astillah ketika ini.

Menurut Aliff, 33, perceraian tidak boleh dilakukan dalam keadaan tergesa-gesakl, sekali gus tidak seharusnya dipengaruhi pihak lain.

“Beberapa minggu sebelum ini, semuanya bercampur-baur untuk saya dan pihak lain yang terlibat.

“Saya akan gunakan semua ruang dan peluang untuk menyelamatkan rumah tangga serta anak-anak saya.

“Saya akui lakukan kesilapan dan Bella turut buat kesalahan tetapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan secara terburu-buru atau tanpa memikirkan pandangan lain dalam segala hal,” katanya kepada HibGlam ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Dalam masa sama, dia juga memohon doa daripada semua pihak agar pergolakan rumah tangganya kini berakhir dengan baik.

Ditanya mengenai pendedahan isterinya tentang pernah meluahkan hasrat untuk bercerai sebelum ini, Aliff menjelaskan hanya meminta ruang agar semuanya dapat diselesaikan secara baik.

“Saya minta sokongan daripada semua pihak cuma dalam rumah tangga, dia tidak sepatutnya ada pengaruh daripada luar.

“Saya berharap semua pihak beri ruang agar prosedur perceraian ini berjalan mengikut prosedur yang sudah diatur oleh pihak mahkamah.

“Terima kasih kepada pihak mahkamah kerana beri ruang agar prosedur ini berjalan ikut yang sepatutnya,” ujarnya.

Juara Gegar Vaganza musim kelapan itu juga sedia berdepan segala dugaan berhubung kemelut rumah tangganya yang semakin meruncing ketika ini.

“Macam saya yang katakan tadi, saya akan harungi setiap halangan mendatang.

“Buat masa sekarang saya mohon doa yang baik-baik daripada semua pihak,” katanya lagi.

Hari ini, Aliff membuat kejutan apabila berpendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, sedang menurut Bella perkara tersebut telah dipersetujui sejak awal tuntutan dibuat.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian secara ekspres terhadap Aliff namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan atas alasan ada penggambaran drama.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh iddah.

Pada 9  Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Malam tadi, Bella mengakui kesilapannya bermain cinta dengan pelakon baharu Muaz Zabir semata -mata mahu mencetuskan perasaan cemburu suaminya yang ketika itu mempunyai skandal bersama dua wanita.

Bella turut mendedahkan, Aliff pernah berselingkuh dengan adiknya, Erika Astillah sehingga memutuskan tali persaudaraan mereka berdua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI