fbpx

Pegawai kanan ditahan SPRM kembali bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi ketika sidang akhbar di IPD Wangsa Maju hari ini. FOTO: KOSMO!/SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan Pegawai Turus dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang ditahan sebelum ini, telah kembali bertugas dan akan ditempatkan di jabatan lain buat sementara waktu.

“Pegawai itu dari Kontinjen Kuala Lumpur dan telah ditahan reman atas dua kesalahan dalam tempoh lapan hari di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Pegawai terbabit ditahan semula bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut perkara berkenaan, pihaknya akan menjalankan siasatan secara selari bersama-sama SPRM.

“Belum ada keputusan dan siasatan masih dijalankan SPRM. Kita tunggu apa-apa keputusan dari SPRM.

“Kita sahkan bahawa pegawai itu pun kembali bertugas dan kita akan tempatkan sementara bagi menunggu keputusan siasatan SPRM,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan bahawa pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit dan mengesyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.

“Saya tidak boleh komen kerana masih dalam siasatan. Siasatan dijalankan secara ‘parallel’ kerana melibatkan pegawai kita.

“Siasatan ini kadang-kadang kita tunggu keputusan hasil siasatan dan kadang-kadang kita akan buat keputusan awal,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan SPRM menahan pegawai itu ditahan selepas disyaki terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara pada 23 Mac lalu.

Penahanan pegawai terbabit turut membawa kepada penemuan wang tunai lebih RM2 juta selain turut memiliki harta yang tidak munasabah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI