fbpx
Operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas Nathiah Selamat di Kampung Medan Sari di Pontian, hari ini.

Selipar, kuih jadi petunjuk pencarian Nathiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – “Saya harap ibu segera ditemui dan berada dalam keadaan selamat selepas usaha pencarian dilakukan,”.

Demikian kata Noorzilla Ali, 38 menantu kepada Nathiah Ali, 77 yang dilaporkan hilang di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Medan Sari di sini, pada hari semalam.

Noorzilla berkata, kehilangan ibu mertuanya itu disedari apabila mangsa tidak pulang ke rumah sebelum usaha mencarinya dilakukan penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan.

“Pada sebelah pagi, biasanya ibu ke rumah lama iaitu rumah pusaka yang terletak kira-kira satu kilometer. Jalan kebun sawit akan digunakan ibu untuk ke sana. Sudah hampir setahun ibu tinggal dengan saya dan suami yang merupakan anak kedua dari sembilan beradik.

“Ibu seorang pelupa dan sebelum ini memang pernah hilang tetapi biasanya ibu berada dirumah saudara atau jiran. Tetapi semalam, puas kami cari tetapi ibu tidak ditemui,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, penemuan sepasang selipar dan sedikit kuih dipercayai milik wanita warga emas yang hilang itu menjadi petunjuk penting dalam operasi pencarian yang memasuki hari kedua pada hari ini.

“Operasi turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) IPK Johor serta K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selain anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pontian dan penduduk kampung sekitar,”katanya.

Kosmo semalam melaporkan kegembiraan sebuah keluarga membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha bertukar cemas apabila seorang wanita warga emas dilaporkan hilang ketika melalui kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Medan Sari.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN