fbpx

Lelaki maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang-Paroi Taman Rashidah Utama, di sini, petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang-Paroi Taman Rashidah Utama, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, sepasukan 17 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan serta Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 4.11 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian. Kerja-kerja penyelamatan telah dilakukan oleh pusat keluaran operasi (PKO) dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) bagi proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI