fbpx

Lebih 100 rumah rosak dibadai ribut di Jempol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebahagian daripada lebih 100 buah rumah khususnya di kawasan penempatan tanah rancangan terjejas di daerah ini susulan kejadian ribut.

JEMPOL – Lebih 100 buah rumah khususnya di kawasan penempatan tanah rancangandi daerah ini terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku pukul 5 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Nawal Mohamed Amin, berkata, data rumah terjejas berkenaan merupakan rekod yang diperoleh sehingga pukul 2 petang semalam hasil pemantauan daripada Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, dua kawasan DUN iaitu di DUN Palong membabitkan Palong 4 hingga 6 dan DUN Serting.

“Pejabat daerah sedang membuat semakan akhir bagi pembaikan di bawah Tabung Wang Amanah Bencana. Dalam kejadian ini, majoriti kediaman terjejas di Felda Palong 5 dengan 50 buah rumah.

“Selain itu, kemudahan awam seperti dewan dan masjid juga rosak akibat ribut di felda gugusan yang sama. Selain itu, keadaan cuaca semalam turut menyebabkan kejadian banjir kilat di daerah ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI